mcmc
Maklumat Setempat

NASI AYAM HAINAN SINGAPORE BY MUIZZU

NASI AYAM HAINAN SINGAPORE BY MUIZZU

 

Latar belakang

Encik Muizzu merupakan komuniti setempat Pusat Internet Pedas serta sering hadir mengikuti program hari terbuka dan kelas Microsoft yang dijalankan di PIK Pedas. Beliau anak sulung dari empat adik beradik. Beliau merupakan pelajar lepasan Universiti Malaysia Terengganu dalam Diploma Kulinari. Sekarang beliau merupakan pemilik dan pengurus Nasi Ayam Hainan yang terletak di Chembong. Minat beliau terhadap perniagaan telah membawa beberapa kejayaan dalam bebarapa pertandingan usahawan komuniti. Di samping itu, beliau juga telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan usahawan komuniti dan mendapat tempat ke-empat dalam pertandingan usahawan komuniti peringkat negeri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semasa perintah berkurung, usahawan meminta pandangan dari petugas untuk membuat jualan secara online dan menggunakan Halo sebagai platform untuk penghantaran dan perniagaan. Perniagaan online memerlukan kemahiran yang melibatkan ICT dan kreatif untuk menarik perhatian pembeli. Faktor jual beli ini adalah mudah tapi sukar untuk memasarkan dan mencipta info yang menarik dan kreatif kerana ianya melibatkan kemahiran. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Komuniti Pedas dapat membantu perniagaan sedikit sebanyak dalam pelbagai aspek sehingga menjana pendapatan yang lumayan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan IT amat penting dalam perniagaan untuk dipasarkan agar pelanggan mengetahui produk jualan dan pembekal mendapat lebih ramai pelanggan membeli produk dengan reka bentuk yang dipaparkan menarik, penyusunan ayat teratur di media sosial dan sebagainya. Oleh itu, Pusat Internet Komuniti Pedas ini dapat membantu beliau kerana perkhidmatan pusat internet ini membantu beliau mengenal dan mempelajari IT lebih mendalam lagi . Perkhimatan PIK ini juga membantu beliau dari segi penggunaan komputer untuk beliau mengemaskini Facebook dan Instagram serta membuat reka bentuk di komputer dan juga pembelajaran kemahiran dalam microsoft ward, editing dan pelbagai lagi. Oleh itu, penglibatan beliau di Pusat Internet Komuniti Pedas ini dapat mengembangkan lagi hasil beliau di media sosial serta beliau juga membantu sahabat yang lain dalam dunia perniagaan.

{gallery}KISAHKEJAYAAN2022/MUIZZU{gallery}