ITEM / JENIS | INFORMATION / MAKLUMAT |
Maklumat NADI | Nama NADI : NADI PEDAS Nama Pengurus : MOHD FAEZ BIN FAUDZI Nama Penolong Pengurus : PUTERI NURAISYAH BIN ZAIDI Email : m.faez@pedi.my/puterinurasiyah@pedi.my |
Lokasi | Daerah: Rembau DUN: Chembong Mukim: Rembau Parlimen: P.131-REMBAU Negeri: Negeri Sembilan |
Maklumat Individu/ Organisasi | Nama: Sarifah Binti Sarullah Umur: 41 Tahun Tahun menjadi Ahli NADI : 2016 |
Latar Belakang | Puan Sarifah merupakan seorang pekerja swasta yang bekerja di kilang Nestle yang terletak di Chembong dan sering ke NADI Pedas untuk belajar dan menggunakan komputer di NADI. Puan Sarifah juga sering meminta tunjuk ajar cara menggunakan komputer dengan petugas NADI. |
Kisah kejayaan | Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI PuanSarifah telah mendaftar menjadi ahli NADI pada 03 Jun 2016 semasa ingin menyertai poram Perkhidmatan Pintar iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat (Mahir). Tujuan program NADI Mahir ialah sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf kehidupan komuniti NADI. Puan Rafiedah telah memilih untuk menyertai Modul Silibus Kemahiran Mahir Baiki Gajet bagi pengambilan pertama NADI Mahir. Melalui program ini, Puan Rafiedah akan mempelajari mengenai bahagian membaiki telefon bimbit dan komputer riba. Pada awalnya beliau bersetuju untuk menyertai program ini kerana beliau ingin menambah ilmu pengetahuan dalam membaiki gajet dan laptop. Hal ini secara tidak langsung dapat Puan Rafiedah dapat menambahkan pendapatan sampingan beliau degan menawarkan perkhidmatan membaiki gajet kepada komuniti setempat. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Mengikuti kursus pendek untuk mempelajari cara membaiki gajet mempunyai banyak faedah yang berguna dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah ia dapat membantu menjimatkan kos pembaikan. Apabila gajet seperti telefon bimbit atau komputer riba mengalami kerosakan, beliau tidak perlu lagi membawanya ke kedai dan membayar caj yang mahal. Dengan kemahiran yang beliau pelajari, beliau boleh membaikinya sendiri, sekaligus mengurangkan perbelanjaan. Selain itu, kemahiran ini juga boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan. Puan Sarifah boleh menawarkan perkhidmatan membaiki gajet kepada rakan-rakan, keluarga, atau orang sekeliling. Dalam masa yang sama, beliau dapat menambah pendapatan secara sampingan atau mungkin juga menjadikannya sebagai kerjaya tetap jika mendapat permintaan yang tinggi. Disamping itu, kursus ini juga boleh menjadi langkah awal kepada Puan Sarifah untuk menceburi bidang kerjaya dalam teknologi atau kejuruteraan. Ia memberi pendedahan asas yang berguna sekiranya beliau ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan. |
Maklumbalas | Dengan adanya kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pedas sememangnya mempunyai pelbagai manfaat dan faedah kepada segenap lapisan masyarakat. |
1) Kelas Mahir berlangsung secara dalam talian

