mcmc
Aktiviti Semasa

Hebahan Inisiatif Kerajaan : Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian & Pindaan Akta 588

Kementerian Komunikasi telah memulakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang dilaksanakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kempen ini akan dijalankan di lebih 10,000 sekolah dan semua universiti awam di seluruh negara, bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan dalam talian.

Sempena Sambutan Hari Keselamatan Internet pada hari ini, Kementerian Komunikasi juga ingin memaklumkan bahawa pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] telah diwartakan pada 7 Februari 2025 dan berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.