Cybersecurity Webinar Sesi Disember

Aktiviti Semasa | 17 December 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jemputan untuk menyertai Webinar NADI x Cybersecurity bertarikh 18 Disember 2025 yang bertajuk Risiko Kamera Tersembunyi Slot 2, Apa yang perlu anda tahu. Butiran lanjut adalah seperti dibawah:

Tarikh18 Disember 2025
MasaKhamis, 3:00 petang – 4:30 petang
PlatformZoom
Pautan Penyertaancybersecurity.nadi.my

RISIKO KAMERA TERSEMBUNYI,APA YANG PERLU ANDA TAHU SLOT 2  :
Dalam webinar “Risiko Kamera Tersembunyi” slot kedua ini, peserta akan mempelajari apakah itu kamera tersembunyi dengan lebih mendalam, bagaimana ia disamarkan dalam persekitaran harian, serta risiko keselamatan dan privasi yang boleh timbul akibat penyalahgunaannya. Peserta juga akan memahami tanda-tanda kewujudan kamera tersembunyi, mempelajari teknik dan alat yang boleh digunakan untuk mengesannya, serta mengetahui langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi diri. Selain itu, peserta akan didedahkan kepada aspek undang-undang berkaitan penggunaan kamera tersembunyi dan tindakan yang wajar dilakukan sekiranya peranti tersebut ditemui.