NADI SAFE : SAFE & SHIELD



Tujuan :-
- Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai bahaya laman sesawang berbahaya (malicious websites) yang boleh menggugat keselamatan data dan privasi pengguna.
- Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk melatih peserta mengenal pasti ciri-ciri laman web yang mencurigakan serta langkah-langkah keselamatan asas seperti penggunaan antivirus, sambungan selamat (HTTPS), dan pengesahan dua faktor.
Aktiviti :-
- Petugas membantu para peserta menyediakan peranti dan menyemak sambungan internet. Platform pembelajaran seperti Google Meet/Zoom digunakan untuk memastikan kelancaran penyampaian.
- Selepas kehadiran diambil, peserta diperkenalkan kepada objektif pembelajaran serta ditunjukkan simulasi ringkas mengenai contoh laman web palsu dan teknik penipuan siber (phishing).