MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.
Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia ” Grafik Malaya ” ( GM ).
Pihak MCMC juga menggalakkan penyertaan dari pengguna dan ahli Pusat Internet 1Malaysia dalam pertandingan ini bagi mencungkil bakat dan kreativiti mereka.
Bagi kategori Komuniti Pusat Internet 1Malaysia, penyertaan ini adalah terbuka kepada semua AHLI BERDAFTAR. Walaubagaimanapun, komuniti yang tidak berdaftar sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia turut berpeluang menyertai pertandingan ini dibawah kategori umum.
Untuk maklumat lanjut boleh klik link dibawah :
PERTANDINGAN POSTER KREATIF DAKWAH DIGITAL KLIK DENGAN BIJAK
Maklumat Setempat
18 September 2016
PERTANDINGAN POSTER KREATIF DAKWAH DIGITAL KLIK DENGAN BIJAK
